Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197%

Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197%

Serangan terhadap laman sesawang perniagaan pada 2022 turut meningkat di negara Asia Tenggara.

Penyedia anti-virus, Kaspersky berkata serangan laman sesawang melonjak pada 2022 dengan merekodkan 13,381,164, jumlah itu menurun sedikit pada 2021 kepada 9,180,344 serangan.
KUALA LUMPUR:
Ancaman laman sesawang yang menyasarkan perniagaan di Malaysia meningkat sebanyak 197% tahun lalu, menurut keselamatan siber global dan penyedia anti-virus, Kaspersky.

Kaspersky dalam kenyataan berkata semasa pandemik berada di kemuncak pada 2020, ia menghalang 10,200,817 serangan laman sesawang daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.

“Serangan laman sesawang melonjak pada 2022 dengan merekodkan 13,381,164, jumlah itu menurun sedikit pada 2021 kepada 9,180,344,” katanya.

Kaspersky berkata, Singapura mencatatkan lonjakan tertinggi tahun ke tahun daripada segi ancaman sesawang yang menyasarkan perniagaan tahun lalu.

“Negara-negara di Asia Tenggara mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda (329%) selepas penyelesaian perniagaan Kaspersky menyekat sejumlah 889,093 serangan siber, kenaikan yang mengejutkan daripada jumlah keseluruhan 207,175 pada 2021.

“Peningkatan itu juga dicatatkan di negara-negara Asia Tenggara lain dengan Malaysia (197%), Thailand (63%), Indonesia (46%) dan Filipina (29%).

Hanya Vietnam yang menyaksikan penurunan sedikit (-12%) selepas merekodkan hanya 2,485,168 insiden ancaman sesawang tahun lepas berbanding 2,822,591 pada 2021, kata Kaspersky.

Ancaman berasaskan laman sesawang atau ancaman dalam talian, merujuk kepada percubaan untuk memuat turun objek/perisian berniat jahat daripada tapak laman sesawang berniat jahat atau dijangkiti dengan perisian hasad.

Kaspersky berkata ancaman laman sesawang disebabkan kesilapan pengguna, pembangun dan pengendali perkhidmatan sesawang atau perkhidmatan laman sesawang itu sendiri.

“Tidak kira niat atau punca, akibat ancaman laman sesawang boleh merosakkan individu dan organisasi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.