
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Azizee Alias berkata, ketiga-tiga mangsa bersama adik lelaki mereka dari Banting, Selangor dan seorang saudara lelaki dari Perak berkelah di pantai itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.57 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson serta Teluk Kemang dikejarkan ke lokasi berkenaan.
Katanya, mangsa wanita dikenali sebagai R Kalavani, 30, Dawige, 29, dan Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki mangsa, Veeran, 26, dan saudara lelakinya, J Sathiswaran, 29, diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.
“Mayat ketiga-tiganya ditemui kira-kira 50m dari pantai. Ketika kejadian, air tengah pasang dan agak bergelora. Saya juga dimaklumkan kawasan berkenaan adalah kawasan larangan mandi,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.