Lelaki maut jatuh dari tingkat 5 hotel di Sabah

Lelaki maut jatuh dari tingkat 5 hotel di Sabah

Kejadian itu berlaku pada 6.10 petang dan mangsa berusia 36 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu hotel itu.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut terjatuh dari tingkat lima sebuah hotel di Tanjung Aru, Sabah semalam.

Kejadian itu berlaku pada 6.10 petang dan mangsa berusia 36 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan berkenaan.

“Mangsa dibawa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.42 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.