Courts Malaysia sertai Program Payung Rahmah

Courts Malaysia sertai Program Payung Rahmah

Courts Malaysia memberi tawaran dari RM5 dan seterusnya memberikan kegembiraan kepada semua orang pada musim perayaan ini.

Menteri KPDN Salahuddin Ayub (baju putih) melawat Courts Malaysia yang menyertai Program Payung Rahmah.
PETALING JAYA:
Syarikat peneraju industri perabot dan barang elektrik, Courts Malaysia Sdn Bhd yang juga subsidiari kepada Nojima Corporation, Jepun menjadi syarikat terbaharu menyahut seruan kerajaan memperkenalkan beberapa siri inisiatif Rahmah pada musim perayaan ini.

Menerusi insiatif itu, semua cawangan Courts dan Nojima menawarkan belian dengan belian sebanyak RM5 untuk produk bernilai RM300, pelan ansuran mudah pada RM50 sebulan untuk peti sejuk dan mesin basuh berkapasiti besar.

Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Harry Higashiura, pihaknya juga memberikan mata ganjaran HomeClub tambahan untuk ahli dan promosi kredit dengan kadar ansuran sangat rendah serta diskaun lebih besar untuk barangan terpilih.

Katanya, mana-mana produk berharga RM25 boleh dibeli dengan harga RM5 di semua cawangan Courts dan Nojima di seluruh negara.

“Kualiti barangan di bawah inisiatif Rahmah dijamin oleh Courts. Program ini bermula pada 8 April hingga 30 April 2023.

“Courts Malaysia berganding bahu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memperkenalkan beberapa siri inisiatif Rahmah pada musim perayaan.

Menteri KPDN Salahuddin Ayub dan Harry Higashiura ketika melawat Courts Malaysia Sdn Bhd untuk Program Payung Rahmah.

“Program Payung Rahmah adalah sejajar dengan dasar pemikiran pemilik Courts untuk menyumbang kepada masyarakat dan pelanggan,” katanya.

Terdahulu Menteri KPDN, Salahuddin Ayub meluangkan masa melawat Courts bagi meninjau inisiatif Program Payung Rahmah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Courts Malaysia, peneraju industri runcit elektronik dan perabot yang secara rasminya menjadi sebahagian Program Payung Rahmah untuk menyokong rakyat pada musim perayaan ini.

Semasa mengiktiraf inisiatif itu, Salahuddin mengimbau kembali televisyen berwarna pertamanya pada 1992 yang dibeli dari Courts Batu Pahat hingga menyuarakan sentimen kepada semua yang hadir.

Harry berkata, inisiatif sebegini mempamerkan komitmen Courts memainkan peranan dalam menyokong Program Payung Rahmah kerajaan, khususnya ketika kenaikan kos sara hidup.

Dalam lawatan itu, Courts Malaysia dan pasukan KPDN memasak bubur lambuk dan kemudiannya mengedarkan kepada orang ramai dan petugas barisan hadapan.

Aktiviti ini juga dilaksanakan di beberapa premis Courts seluruh negara, dengan lebih daripada 3,000 kotak diedarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.