
Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, ia membabitkan RM21.9 juta aset yang diselamatkan pada Januari, RM15.4 juta bagi Februari, RM12.1 juta bulan lalu dan RM2.6 juta setakat 11 April lalu.
Dalam tempoh sama, katanya, RM8.1 juta kerugian harta benda, termasuk bangunan dan kenderaan direkodkan akibat dijilat api.
Beliau berkata, pihak bomba menerima 419 panggilan melibatkan kebakaran dan 809 panggilan bagi kes penyelamatan.
“Sepanjang tempoh ini juga, 28 mangsa terlibat dalam kebakaran dengan bomba berjaya menyelamatkan 23 mangsa, empat mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.
Hamdan berkata, 330 mangsa diselamatkan dalam kerja penyelamatan, antaranya menerusi kemalangan kenderaan dan banjir.
Katanya, 26 mangsa pula maut dan 66 cedera dalam kes itu.
Secara keseluruhan, beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima 1,234 panggilan kecemasan dalam tempoh hampir empat bulan tahun ini dengan dua daripadanya panggilan palsu.