WHO nasihat jalani ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang beraya

WHO nasihat jalani ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang beraya

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyarankan memakai pelitup muka dalam membendung Covid-19 merebak kepada warga emas.

WHO juga menasihatkan rakyat negara ini pulang beraya mengambil langkah melakukan ujian kendiri Covid-19.
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati rakyat Malaysia menjalankan ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya.

Selain itu, pertubuhan itu juga menasihatkan agar menggunakan pensanitasi tangan dan memakai pelitup muka sebagai perlindungan bagi membendung wabak Covid-19 daripada merebak kepada warga emas.

Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan pertubuhan itu menerusi akaun Twitter @WHOMalaysia yang turut diciap semula oleh Twitter rasmi Kementerian Kesihatan @KKMPutrajaya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 22 Apr.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital Kementerian Kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan meningkat sebanyak 26.2% pada minggu epidemiologi ke-15 dari 9 hingga 15 Apr berbanding minggu sebelumnya.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kebanyakan pesakit adalah kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.