Purata 2 maut setiap hari pergi balik kerja tahun lalu

Purata 2 maut setiap hari pergi balik kerja tahun lalu

Lebih 32,000 kes nahas jalan raya direkodkan tahun lalu melibatkan pencarum Perkeso.

Sebanyak 45% daripada 651 kes nahas maut melibatkan pencarum berumur 35 tahun ke bawah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kira-kira 32,976 kes kemalangan perjalanan jalan raya direkodkan seluruh negara tahun lalu melibatkan pencarum Perkeso dengan 651 kes adalah kemalangan maut.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso John Riba Marin, berkata sebanyak 45% daripada jumlah yang maut akibat nahas jalan raya itu adalah mereka yang berumur 35 tahun ke bawah.

“Ini bermakna secara puratanya, setiap hari dua pencarum maut berpunca daripada kemalangan semasa perjalanan atau berulang alik dari atau ke tempat kerja,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Ketua Eksekutif Perkeso Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Beliau berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2023 peringkat Kontinjen Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini yang dilancarkan oleh Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Sementara itu, Hussein pada sidang media, berkata pihaknya akan menumpukan kepada 62 lokasi titik panas berlaku kesesakan dan enam lokasi hitam kerap berlaku kemalangan di Selangor khususnya di kawasan pinggir bandar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.