Malaysia kena kerjasama dengan negara jiran, keluar produk perubatan

Malaysia kena kerjasama dengan negara jiran, keluar produk perubatan

Sebuah pertubuhan bukan keuntungan berkata ia demi mengelak kebergantungan negara kepada pihak lain dalam merawat penyakit yang biasa didapati.

DNDi berkata, Malaysia boleh bekerjasama dengan negara jiran yang berdepan isu kesihatan hampir serupa dalam melaksanakan kajian dan penyelidikan, selain mencipta rawatan tersendiri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebuah pertubuhan penyelidikan dan pembangunan ubat bukan keuntungan berkata negara perlu bekerjasama dengan negara jiran sekiranya mahu mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain dalam mengeluar dan membekal produk perubatan.

Ubat untuk Penyakit Yang Diabaikan (DNDi) berkata, pandemik Covid-19 mendedahkan begitu sukar bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses vaksin ketika jangkitan memuncak kerana bekalan “dikumpul” negara kaya.

Pengarah Wilayah Pejabat Asia Tenggara DNDi, Jean-Michel Piedagnel, berkata bagi mengatasi situasi sama, Malaysia sepatutnya bekerjasama dengan jiran tetangga atau negara yang berdepan isu kesihatan hampir serupa untuk menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) dan mencipta rawatan tersendiri.

“Bagi negara kecil, Malaysia boleh bekerjasama membangunkan ubat merawat penyakit yang kerap dijumpai di rantau ini seperti denggi.

“Kenapa perlu anda menunggu negara lain mencari penyelesaian apabila anda sendiri mempunyai kepakaran dan kefahaman mendalam penyakit itu,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Putrajaya memperoleh vaksin dari China, Amerika Syarikat, dan Rusia. Susulan itu, ada dilaporkan Institut Kajian Perubatan bekerjasama dengan Universiti Malaya membangunkan vaksin Covid-19.

Piedagnel berkata, DNDi sudah melancarkan Perikatan Denggi tahun lalu, yang mana memberi keutamaan bekerjasama dengan rakan tempatan di negara endemik denggi seperti Malaysia, Thailand, India, dan Brazil, bagi pengeluaran data bagi ujian klinikal.

Katanya, kerjasama dengan Malaysia dan Thailand, telah mengecilkan tiga kompaun untuk digunakan semula daripada anti-viral yang bertindak langsung dan rawatan “two host-directed hos” (HDT) untuk denggi. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan perincian lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.