Kerajaan lulus RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina

Kerajaan lulus RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata setiap sekolah menerima RM250,000.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata peruntukan untuk sekolah Cina itu diluluskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan.
PETALING JAYA:
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM15.75 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Loke dalam satu kenyataan berkata, permohonan peruntukan itu dibuat Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dan ia diluluskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan.

“Setiap sekolah menerima RM250,000. Ia akan disalurkan kepada sekolah terbabit, dua minggu selepas cuti Hari Raya,” katanya.

Semua 63 sekolah persendirian Cina itu pernah menerima peruntukan serupa sebelum ini.

Menurut Sin Chew Daily, RM15 juga diperuntukan untuk sekolah persendirian Cina pada 2021. Jumlah yang sama juga diperuntukkan pada 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.