
Pemilihan MCA bermula dengan peringkat cawangan hari ini.
Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, berkata JPPM menyoal parti itu dalam surat, mengenai klausa yang menyatakan bahawa pemilihan parti mesti bermula selewat-lewatnya enam bulan selepas PRU, atau 36 bulan selepas pemilihan parti terakhir, mana-mana yang kemudian.
Bagaimanapun, Chong menegaskan Perkara 167 dalam perlembagaan parti tidak mengehadkan tempoh pemilihan berlangsung.
“Hakikatnya, klausa yang diluluskan semasa mesyuarat agung tahunan MCA pada 2019 dikemukakan kepada JPPM mengikut prosedur, dan mendapat kelulusan pada Februari 2021.
“Oleh sebab itu, pertanyaan JPPM ini agak mengelirukan,” katanya dalam kenyataan.
Chong berkata, pemilihan parti yang dijalankan selama lima bulan itu akan berlangsung sehingga 24 Sept, selepas pertandingan pada peringkat pusat selesai.