
Beliau berkata, tindakan itu merupakan SOP sedia ada Kementerian Pendidikan (KPM) dan surat pekeliling turut dikeluarkan setiap Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah bagi tindakan lanjut.
“Sekiranya bacaan IPU meningkat hingga 200 ke atas, KPM akan mengarahkan sekolah ditutup. Bacaan IPU 101 ke atas tidak sihat, jadi jika ia berlaku, sebarang aktiviti di luar bilik darjah tidak dibenarkan.
“Pada masa sekarang, semua pelajar dinasihat memakai pelitup muka, kerap minum air serta mengurangkan aktiviti ketika cuaca panas,” katanya selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kampung Baru Rahang.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan, berkata jerebu dijangka lebih serius tahun ini berbanding tiga tahun lepas apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.