
Katanya, perjuangan Umno masih relevan di Sabah walaupun parti itu berstatus parti nasional, namun ia diterajui pemimpin tempatan.
Beliau berkata, biarpun fokus diberikan kepada parti tempatan di peringkat negeri, tetapi pada akhirnya untuk menjadi lebih kuat, sokongan parti di peringkat pusat jauh lebih penting.
“Tidak boleh hanya mainkan isu parti tempatan sebab parti tempatan sahaja tidak cukup kuat untuk bersuara jika tiada sokongan parti nasional. Bagi menjadikan kita lebih kuat, kerjasama di peringkat persekutuan itu amat diperlukan.
“Pada masa ini, kita adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Mengulas berhubung peralihan sokongan rakyat Sabah kepada Umno, Noraini berkata, tidak timbul sokongan berkurang.
“Kalau kita tengok ahli di peringkat cawangan yang datang bersidang tetap sama seperti sebelum kewujudan parti tempatan. Sambutan terhadap Umno tetap ada sehingga kini,” katanya.
Beliau berkata, berbanding parti lain ditubuhkan atas sebab sengketa dan permusuhan dengan pemimpin tertentu, asas perjuangan Umno berbeza.