Pengguna prabayar bakal terima pelarasan pakej sempena Aidilfitri, kata Fahmi

Pengguna prabayar bakal terima pelarasan pakej sempena Aidilfitri, kata Fahmi

Menteri komunikasi dan digital berkata, syarikat telekomunikasi dijangka mengumumkan perkara itu kepada pengguna pakej rangkaian prabayar pada Isnin atau Selasa ini.

Fahmi Fadzil berkata, rata-rata syarikat telekomunikasi sudah bersetuju untuk membuat beberapa pelarasan yang perlu mereka teliti sempena sambutan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR:
Syarikat telekomunikasi dijangka mengumumkan pelarasan pakej prabayar yang ditawarkan kepada pengguna sempena Aidilfitri pada Isnin atau Selasa ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, ia dipercayai berkait dengan pelarasan pakej prabayar yang dijangka lebih rendah sejajar dengan sambutan hari raya yang akan disambut minggu depan.

“Baru tadi saya adakan pertemuan dengan semua CEO syarikat telco, rata-rata mereka bersetuju untuk adakan beberapa pelarasan yang perlu mereka teliti.

“Saya jangkakan menjelang Isnin atau Selasa telco yang ingin bersama dalam program ini akan buat pengumuman masing-masing,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Pantai Dalam.

“Kalau kita tengok suasana hari raya, mungkin ada sedikit kegembiraan (akan diumumkan syarikat telco) sempena Aidilfitri. Kita tunggu sedikit lagi.”

Pada Feb lalu, lima syarikat telco memperkenalkan pakej perpaduan prabayar mudah alih dengan harga RM5 sebulan yang disasarkan kepada belia kurang 30 tahun, B40, OKU, dan warga emas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.