
Menterinya, Tiong King Sing berkata, kejayaan itu hasil promosi Tourism Malaysia yang dilakukan semasa lawatan bersama perdana menteri ke Beijing, China pada 29 Mac.
“Sewaktu kami membuat promosi tentang Malaysia di Beijing, ada beberapa agensi pelancongan yang berjaya kami jumpa dan setakat ini, dua syarikat sudah menandatangani perjanjian.
“Satu syarikat akan membawa 350,000 pelancong dan satu lagi akan membawa 100,000 pelancong, manakala yang selebihnya masih dalam proses penyediaan dokumentasi.
“Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan, iaitu berhubung visa dan tempat duduk kapal terbang. Kami akan adakan beberapa siri perbincangan bersama syarikat penerbangan, imigresen dan Kementerian Dalam Negeri tentang perkara tersebut,” katanya pada majlis Iftar menteri pelancongan, seni dan budaya bersama diplomat asing semalam.
Beliau berkata, perkara itu adalah antara usaha kementerian berkenaan dalam mencapai sasaran lima juta pelancong dari China pada tahun ini.