
Suspek dipercayai menggunakan wang itu untuk membeli telefon pintar jenis iPhone 14 Pro.
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita pada 25 Mac lalu.
“Transaksi (pengeluaran wang) bermula pada 23 Mac secara berperingkat.
“Suspek, seorang wanita tempatan ditahan di sebuah premis di Pandan Perdana 12.25 tengah malam,” katanya menurut lapor Harian Metro.
Beliau berkata, polis turut menemukan kad ATM milik mangsa dan merampas telefon pintar dipercayai dibeli menggunakan wang yang dicuri.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Terdahulu, mangsa mendedahkan di media sosial yang suspek mencuri kad ATM miliknya semasa menumpang tidur di rumah.
Mangsa terkejut apabila mendapati hanya tinggal baki RM500 dalam akaun banknya, menyebabkannya tidak dapat menyelesaikan komitmen kewangan termasuk sewa rumah.