Rapid Rail lanjut operasi LRT, MRT, monorel Sabtu ini

Rapid Rail lanjut operasi LRT, MRT, monorel Sabtu ini

Perkhidmatan itu dilanjutkan hingga 1.30 pagi bagi membolehkan warga kota membuat persiapan akhir menyambut Aidilfitri.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan LRT, MRT dan monorel yang dilanjutkan hingga 1.30 pagi Sabtu ini untuk membuat persiapan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR:
Bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir menyambut Aidilfitri, beberapa stesen rel terpilih akan dilanjutkan waktu operasinya hingga 1.30 pagi Sabtu ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, stesen terlibat bagi transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang atau Sri Petaling ialah Stesen Masjid Jamek manakala laluan LRT Kelana Jaya ialah Masjid Jamek dan KLCC.

Bagi laluan monorel pula, melibatkan Stesen Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit sementara transit aliran massa (MRT) laluan Kajang hanya di stesen Bukit Bintang.

Perkhidmatan bas perantara LRT 11 turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen berkenaan susulan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang atau Sri Petaling.

“Stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar,” menurut kenyataan itu.

Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal bagi memudahkan perjalanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.