Suhakam cadang jawatankuasa tetap tangani isu perlindungan kanak-kanak

Suhakam cadang jawatankuasa tetap tangani isu perlindungan kanak-kanak

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Farah Nini Dusuki berkata, jawatankuasa itu perlu disertai sektor kerajaan dan kumpulan masyarakat.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Farah Nini Dusuki berkata, usaha untuk menangani isu berkait hak kanak-kanak terganggu dengan pertindihan perkhidmatan dalam pelbagai agensi kerajaan.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan agar satu jawatankuasa tetap antara agensi bagi mengenalpasti jurang, mengumpul sumber, dan mengatur tindak balas untuk melindungi kanak-kanak.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Farah Nini Dusuki dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa itu perlu disertai sektor kerajaan dan kumpulan masyarakat.

Katanya, memandangkan fungsi demokratik dipegang oleh entiti awam dan swasta, maka satu platform dialog wajar untuk menyemak dan menyatukan tindakan utama bagi tindak balas operasi yang sistematik.

“Walaupun Malaysia menghasilkan pencapaian signifikan dalam perundangan yang melindungi hak kanak-kanak, usaha yang tidak bersepadu dan pertindihan perkhidmatan dikesan berlaku dalam pelbagai agensi kerajaan.

“Terdapat jurang kemajuan reformasi perundangan di kalangan pegawai penguatkuasa yang secara langsung menjejaskan usaha penggubalan undang-undang. Jadi, sistem mekanisme perlindungan perlu ditambah baik bagi meningkatkan keberkesanan secara keseluruhan,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan perlindungan sedia ada bagi kanak-kanak belum memenuhi indikator perlindungan yang dimaksudkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2011.

“Kami percaya bahawa tanggungan tugas pentadbiran awam dan perlindungan hak kanak-kanak adalah tidak saling eksklusif. Pelaksanaan tugas kerajaan hendaklah selaras dengan akta ini bagi memastikan keberkesanan dalam segala perkara berkaitan kanak-kanak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.