Pesawah dapat ‘duit raya’ tambahan Bernas RM250 seorang

Pesawah dapat ‘duit raya’ tambahan Bernas RM250 seorang

Bayaran tambahan itu melibatkan 81,153 orang pesawah berdaftar di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberitahu pesawah akan menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM450 seorang termasuk diumumkan perdana menteri, 29 Mac lalu. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

KPKM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah itu akan memanfaatkan 81,153 pesawah berdaftar di negeri berkenaan.

Katanya, pembayaran sumbangan itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.

“Pesawah di negeri lain akan menerima bantuan khas tersebut pada peringkat seterusnya setelah baki sumbangan disalurkan oleh Bernas kelak,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun lalu dan telah diagihkan kepada tiga negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia merupakan sumbangan Bernas sebanyak RM60 juta kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 5 Dis tahun lepas.

Bantuan itu juga merupakan tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan oleh perdana menteri pada 29 Mac lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.