
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru membuat persiapan menyambut 1 Syawal.
“Keputusan ini untuk memudahkan urusan guru dan ibu bapa, terutama yang bertugas di negeri lain yang terpaksa merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri,” katanya dalam satu majlis.
Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa KPM memberi cuti khas kepada guru pada 19 April ini kerana Aidilfitri dijangka jatuh pada 21 April ini.
Andaian semasa perancangan cuti untuk Aidilfitri ialah 22 April ini, tetapi Pusat Astronomi Antarabangsa berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu meramalkan1 Syawal mungkin jatuh pada 21 April.