
Beliau berkata, pindaan itu juga akan memastikan akta terbabit meliputi lebih banyak industri.
Baru-baru ini, jawatankuasa Dewan Negara mencadangkan garis panduan diwujudkan bagi kutipan, pemprosesan, dan pengendalian data pengguna sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengelak orang ramai menjadi mangsa penipuan.
Laporan Ketua Audit Negara 2021 mencetuskan kebimbangan terhadap privasi data apabila mendedahkan bahawa maklumat peribadi tiga juta penerima vaksin diambil dari pangkalan data MySejahtera.
Pelanggaran data itu berlaku antara 28 hingga 31 Oktober 2021.
Selain itu, Fahmi berkata perbincangan diadakan untuk menggabungkan Agensi Keselamatan Sekuriti Siber Negara dan CyberSecurity Malaysia bagi membentuk suruhanjaya baharu memerangi jenayah siber.
Suruhanjaya itu bakal dinamakan Suruhanjaya Sekuriti Siber Negara, katanya.
“Kami masih dalam proses (membuat perancangan untuk gabungan itu) dan perlu membawanya ke Parlimen,” katanya.