
Pengerusi gabungan itu berkata, Kelantan dan Terengganu akan terus menggunakan simbol bulan, manakala Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan menggunakan logo PN.
Katanya, pertemuan semalam membincangkan soal politik dan persiapan menghadapi PRN di enam negeri, dengan agihan kerusi kini hampir selesai.
Beliau berkata, isu penggunaan manifesto untuk PRN turut dibincangkan.
“Perkara tersebut sudah dibawa kepada perbincangan di peringkat pusat menerusi Jabatan Perundingan Kerusi Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Muhyiddin berkata, secara keseluruhannya, Kelantan bersiap sedia menghadapi PRN.
“Mengenai parti mana yang akan berlawan di kawasan Umno, itu kita akan bincang selepas ini.”