Laung azan 2 minit awal, masjid di Kedah mohon maaf

Laung azan 2 minit awal, masjid di Kedah mohon maaf

Timbalan Pengerusi Masjid Jame' Badlishah di Pekan Yan, Ahmad Nasir berkata, kesilapan itu akibat masalah teknikal paparan digital waktu azan.

Jemaah Masjid Jame’ Badlishah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid itu untuk berbuka, dimaklumkan puasa mereka terbatal pada hari itu dan perlu diganti. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pentadbir Masjid Jame’ Badlishah di Pekan Yan, Kedah memohon maaf kerana melaungkan azan Maghrib dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Timbalan Pengerusi masjid, Ahmad Nasir, berkata kesilapan itu akibat masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

Beliau berkata, jemaah masjid yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid itu untuk berbuka puasa, dimaklumkan puasa mereka terbatal pada hari itu dan perlu diganti.

“Begitulah pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan puasa itu batal dan wajib diqadha’,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.