
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan, berkata keputusan itu dibuat selepas melihat jumlah warga asing yang mula menguasai tapak perniagaan berkenaan.
“Apabila kita buat pemeriksaan, rata-rata warga asing ini mengaku mereka adalah pekerja dan mempunyai majikan.
“Namun, saya was-was kerana (penyamaran anggota MPK) melihat ada beberapa gerai yang tidak ada warga Malaysia yang menguruskan gerai tersebut,” katanya menurut Kosmo.
Pemeriksaan tersebut turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Selangor yang juga ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau.
Noraini berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk warga asing bekerja di pasar tersebut mengambil kira kekurangan tenaga kerja dihadapi beberapa peniaga.
Bagaimanapun, beliau kesal apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan dengan mengamalkan sistem ali baba tapak niaga mereka.
“Jadi, saya beri masa kepada peniaga yang buat kegiatan ini supaya hentikan segera sebelum kita ambil tegas terhadap mereka,” katanya.