Dialog di universiti tidak harus disekat, tapi ikut peraturan, kata Anwar

Dialog di universiti tidak harus disekat, tapi ikut peraturan, kata Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru pentadbir universiti jangan 'terlalu mengongkong', tetapi semua pihak harus ikut peraturan.

Anwar Ibrahim berkata, Akta Universiti Kolej Universiti tidak perlu dimansuhkan, namun boleh dipinda dan diperjelaskan.
SHAH ALAM:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa dialog bersama pelajar di universiti tidak harus disekat, namun semua pihak disaran mematuhi peraturan.

Dalam pada beliau menyeru pihak pentadbir universiti jangan “terlalu mengongkong”, semua pihak harus main peranan memastikan keadaan terkawal.

“Saya terbuka tapi ada peraturan. Kena maklum tapi saya tak fikir kita harus sekat, melainkan ada sikap yang membawa permusuhan kaum dan agama,” katanya semasa berdialog dengan pelajar UiTM dalam satu program di universiti itu.

“Bila diberi kelonggaran tak bermakna (orang luar) boleh masuk begitu sahaja. Bahagian hal ehwal pelajar juga perlu lebih terbuka, lebih bebas, tak terlalu mengongkong, serta pastikan tak ada unsur yang boleh merosakkan suasana harmoni dalam kampus.”

Sebelum ini, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dihalang memasuki UiTM untuk dialog Intern Bukan Buruh Paksa, anjuran Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia.

UiTM juga dilapor meminta pelajar tidak menyertai dialog pada 30 Mac lepas itu kerana tidak mendapat kelulusan universiti.

Berhubung Akta Universiti Kolej Universiti, Anwar berkata, beliau tidak bersetuju undang-undang itu dimansuhkan sedangkan ia boleh dipinda dan diperjelaskan.

“Peruntukan tentang kebebasan kegiatan mahasiswa atau kebebasan pensyarah menulis dan memberi pandangan termasuk kritikan boleh diperhalusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.