Ahli Parlimen DAP dilantik penasihat khas menteri kesihatan

Ahli Parlimen DAP dilantik penasihat khas menteri kesihatan

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu pernah mengetuai PSC mengenai kesihatan pada penggal Parlimen terdahulu.

Dr Kelvin Yii berkata, beliau akan menasihati Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berhubung pembaharuan dan dasar kesihatan.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dilantik penasihat khas kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Doktor perubatan itu mengesahkan pelantikannya kepada FMT, tetapi tidak jelas bila pelantikannya berkuat kuasa.

Ketua Pemuda DAP itu merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching selama dua penggal dan pernah mengetuai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai kesihatan ketika penggal Parlimen terdahulu.

Yiii menerusi catatan Facebook semalam berkata, beliau akan menasihati Zaliha berhubung dasar dan pembaharuan kesihatan.

“Saya akan terus memainkan peranan untuk melengkapkan kerja menteri dan Kementerian Kesihatan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.