Ketua PKR Johor Syed Ibrahim dilantik pengerusi bukan eksekutif MDEC

Ketua PKR Johor Syed Ibrahim dilantik pengerusi bukan eksekutif MDEC

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia berkata Syed Ibrahim Syed Noh mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi.

Syed Ibrahim Syed Noh berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Bhd dari 1989 hingga 2014.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dilantik pengerusi bukan eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Lantikan itu berkuat kuasa 1 April lalu, menurut Bernama.

Syed Ibrahim berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Bhd dari 1989 hingga 2014, dengan jawatan terakhir adalah penolong pengurus besar.

MDEC berkata, beliau juga mempunyai pengalaman termasuk dalam bidang pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan projek, pemasaran dan jualan perdagangan, segmentasi dan analisis, serta pengurusan teknologi maklumat dan sistem.

Jawatan itu yang sebelum ini dipegang Alwi Che Ahmad, yang juga Adun Kok Lanas yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Alwi dilantik ke jawatan itu pada Disember 2021 berikutan peletakan Rais Hussin pada Oktober tahun itu.

Syed Ibrahim juga ketua PKR Johor dan berada dalam Majlis Pimpinan Pusat parti pimpinan Anwar Ibrahim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.