Lori jatuh laut, lelaki dikhuatiri lemas

Lori jatuh laut, lelaki dikhuatiri lemas

Lori itu terjatuh ke laut di Terminal Maritim Lumut pada kedalaman dianggarkan 11m.

Dua kren dari pelabuhan digunakan untuk membawa naik lori ke tebing. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki berusia 20-an dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjatuh ke laut di Terminal Maritim Lumut, Manjung.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan menerima panggilan pada 5.30 pagi tadi.

Ketua Operasi, Azizi Zakaria, berkata lori itu terjatuh ke laut pada kedalaman dianggarkan 11m dan maklumat mengesahkan hanya seorang mangsa berada dalam lori.

“Kapal berdekatan pelabuhan ditarik bagi memudahkan operasi menyelamat. Dua kren dari pelabuhan dalam tindakan untuk membawa naik lori ke tebing,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air dari BBP Pulau Pangkor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.