
Setiausaha Agung GRS, Masidi Manjun berkata, Majlis Tertinggi GRS sebulat suara meluluskan permohonan kedua-dua parti itu pada mesyuarat petang tadi.
“Berikutan itu GRS kini dianggotai tujuh parti komponen,” katanya yang dipetik Berita Harian.
Lima parti komponen sedia ada GRS sebelum ini ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
GRS dipimpin Hajiji yang juga presiden Gagasan Rakyat sejak pembentukan gabungan berkenaan ketika pilihan raya negeri (PRN) pada Sept 2020.
Ia kemudian didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah entiti politik pada Mac tahun lalu yang menerima keanggotaan parti politik atau secara individu untuk menyertainya.
Sebelum ini, GRS ditunjangi Bersatu Sabah, namun Hajiji yang mengetuai parti itu bersama semua pemimpin Bersatu negeri meninggalkan parti berkenaan akhir tahun lalu.
Gagasan Rakyat kini menjadi parti komponen terbesar dalam GRS dengan memiliki 27 Adun termasuk dua Adun Dilantik dan masing-masing lima bekas Adun Warisan serta empat bekas Adun Umno yang keluar parti baru-baru ini.