
PETALING JAYA: Suspek utama kes dua lelaki parah ditetak kerana disyaki mengganggu isteri orang ditahan semalam.
Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata lelaki itu direman sehari bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan dengan jaminan polis petang ini.
“Wanita yang ditahan sebelum ini juga sudah dibebaskan,” katanya menurut Harian Metro.
Media sebelum ini melaporkan dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun parah ditetak parang selepas terbabit pergaduhan dipercayai akibat mengganggu isteri suspek di Cheras.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek dan kejadian itu menghubungi Hotline IPD Cheras di talian 03 92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03 21159999 atau balai polis berdekatan.