Polis tahan lelaki muat naik hantaran ugutan, perkauman

Polis tahan lelaki muat naik hantaran ugutan, perkauman

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata suspek berusia 48 tahun ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Polis berkata suspek berusia 48 tahun direman tiga hari untuk membantu siasatan.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membuat hantaran berbaur ugutan dan perkauman di Facebook miliknya.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Hantaran itu dibuat pada 23 Mac lalu.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bawah Seksyen 506 dan 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah turut mengingatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.