
Setakat ini, katanya, kerja pembinaan jajaran sepanjang 275km di negeri itu menepati jadual dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.
Beliau berkata, ia merangkumi pembinaan enam stesen di Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Kemasik yang berfungsi sebagai stesen penumpang, manakala Dungun dan Chukai bagi tujuan penumpang serta kargo.
“Kerja pembinaan untuk keseluruhan jajaran ECRL sepanjang 665km dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor pula berada pada tahap kemajuan 40.81%.
“Laluan sepanjang 275km di Terengganu adalah yang terpanjang berbanding tiga negeri lain, iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama ECRL di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Mamad Puteh.
Darwis berkata, apabila projek itu siap kelak, perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu dijangka hanya mengambil masa dua jam setengah berbanding lima hingga enam jam dengan menaiki kereta.