
Jemilah Awang Ngah, 74, dari Kampung Jambu, Mukim Langgar, Pekan dan Suhaizan Abdullah, 41, dari Kampung Bentan, Kuala Pahang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi bergegas ke tempat kejadian, selepas menerima laporan kira-kira 8.46 pagi tadi.
“Kemalangan itu menyebabkan dua mangsa tersepit dan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, mayat dua mangsa itu dihantar ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori tidak cedera.