
Katanya, tidak ada sebarang pekeliling seperti didakwa Sanusi sehingga hari ini yang menghalang beliau menghadiri acara berkenaan.
Beliau berkata, malah Sanusi dijemput dalam pelancaran LIMA’23 di Kuala Lumpur, baru-baru ini dan hadir pada majlis itu.
Adly berkata, kejayaan acara yang dijangkakan terbesar dalam sejarahnya itu juga bergantung kepada kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Kita di peringkat Kementerian Pertahanan, dasar kita mudah bahawa kalau kita nak menjayakan LIMA’23 ini, perlu ada kerjasama daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
“Saya tak tahu maklumat beliau (dihalang hadir LIMA’23), tetapi maklumat yang saya tahu bahawa beliau memang dijemput dalam pelancaran LIMA’23 di Kuala Lumpur tempoh hari dan beliau hadir,” katanya menurut Kosmo.
Sebelum ini, Sanusi dalam Facebook, mendakwa dilarang menyertai sebarang bentuk majlis anjuran kerajaan persekutuan termasuk LIMA’23.