
Exco kerajaan negeri Ng Sze Han berkata, peningkatan tertinggi dalam hasil tempat letak kenderaan adalah di Klang, Kajang, Shah Alam, Selayang dan Ampang Jaya.
Kenaikan terendah adalah di Petaling Jaya (23%) dan Subang Jaya (18%).

“Klang mencatatkan (kutipan hasil) tertinggi dengan peningkatan 59%,, manakala Kajang mencatatkan kenaikan sebanyak 49%.
“Shah Alam mencatatkan (peningkatan kutipan) sebanyak 48%; Selayang (37%); Ampang Jaya (35%); dan Subang Jaya (23%).
“Purata peningkatan (kutipan hasil tempat letak kenderaan) di negeri ini ialah 38%,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, 98% daripada pengguna kenderaan di tujuh bandar itu menggunakan aplikasi untuk membayar caj meletak kenderaan, yang menurutnya di luar jangkaan mereka.
“Hanya 0.5% daripada pemandu membuat pembayaran di cawangan KK Mart manakala 1.3% lagi dibayar di ejen SSP yang kebanyakannya adalah pas bulanan,” katanya.
Terdapat juga peningkatan kecil sebanyak 6,000 notis kompaun tempat letak kenderaan yang dikeluarkan di kawasan-kawasan ini, kepada sejumlah 349,000 sejak Mac 2022.
Ng berkata, sistem itu cekap dan efektif dari segi kos, kerana kupon letak kenderaan tidak lagi perlu dicetak.