
Membalas pada ruangan komen akhbar itu di Facebook yang menyebut: “OPR dijangka naik sekali lagi seawal Julai”, Fahmi berkata kenyataan tersebut adalah fitnah kerana ia adalah pandangan penganalisis, bukan keputusan Bank Negara (BNM).
“Ini fitnah. Rencana dengan jelas kata ini pandangan penganalisis, bukan keputusan BNM mahupun kerajaan,” katanya.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan kemudian berkongsi hantaran sama di Facebooknya dan memaklumkan akan bertemu pengurusan media berkenaan.
Menerusi laporan itu, penganalisis meramalkan BNM dijangka sekali lagi menaikkan OPR sebanyak 25 mata peratusan seawal Julai ini.
Jangkaan itu dibuat bersandarkan kepada unjuran perkembangan ekonomi dipacu permintaan domestik yang kukuh berikutan pemulihan pekerjaan dan paras pendapatan lebih baik.
Ia juga akan mengambil kira kadar inflasi dijangka kekal tinggi walaupun mula menyederhana tahun ini.