Cecair vape akan dicukai, tapi dikecuali daripada Akta Racun

Cecair vape akan dicukai, tapi dikecuali daripada Akta Racun

Cecair dan gel nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik akan dikenakan cukai 40 sen setiap mililiter.

Profesional kesihatan sebelum ini menggesa kerajaan tidak mengecualikan cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun kerana boleh menyebabkan lebih ramai orang menggunakan e-rokok dan vape, termasuk kanak-kanak.
PETALING JAYA:
Kerajaan akan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok).

Warta yang disiarkan Kementerian Kesihatan menyatakan tampalan nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi.

Pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Dalam pengumuman berasingan, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim berkata, cecair dan gel nikotin yang digunakan untuk e-rokok akan dikenakan cukai 40 sen setiap mililiter mulai esok.

Pengecualian itu menyusul gesaan profesional kesihatan kepada kerajaan supaya tidak mengecualikan cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun kerana boleh menyebabkan lebih ramai orang menggunakan e-rokok dan vape, termasuk kanak-kanak.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amhari Buang berkata nikotin sangat ketagih dan kajian menunjukkan ia dikaitkan dengan peningkatan risiko terhadap penyakit kardiovaskular dan kanser.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata pengecualian daripada senarai bahan kawalan di bawah Akta Racun akan menyebabkan penjualan tidak terkawal e-rokok dan vape, tanpa larangan menjual kepada remaja bawah umur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.