
Dua mangsa lelaki dan dua perempuan berusia tiga hingga lapan tahun meninggal dunia dalam kejadian 7.49 malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Shahrizal Mokhtar berkata kebakaran itu memusnahkan 80% rumah separuh kekal terbabit.
“Sebaik api padam sepenuhnya, pihak bomba membuat pencarian mangsa.
“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemui di bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, 20 anggota dari BBP Muar dan Bukit Gambir bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta seunit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, semua mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.