Segera luluskan pembinaan sekolah Cina dibiayai awam, kerajaan diberitahu

Segera luluskan pembinaan sekolah Cina dibiayai awam, kerajaan diberitahu

Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong berkata, tanpa kebenaran Kementerian Pendidikan, pembinaan sekolah itu tidak boleh dijalankan.

Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong berkata, lebih RM20 juta dikumpul untuk pembinaan dua sekolah vernakular di Johor Bahru tetapi masih belum mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan.
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen menggesa Putrajaya meluluskan pembinaan sekolah Cina yang mendapat dana daripada sumbangan orang awam.

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, mereka disebalik sekolah yang dicadangkan itu sudah mengemukakan pelan pembinaan tetapi tiada maklumbalas daripada Kementerian Pendidikan.

Wee berkata, tanpa kebenaran kementerian, pembinaan sekolah ini tidak boleh dijalankan.

“Banyak lembaga pentadbir sekolah ini membuat kutipan dan mereka mempunyai cukup dana untuk membina sekolah.

“Mereka mendapat kebenaran yang diperlukan, bukan hanya kementerian. Ia juga perlu kelulusan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,” kata beliau ketika membahaskan belanjawan untuk sektor pendidikan di Dewan Rakyat.

Wee mendedahkan lebih RM20 juta sumbangan awam dikumpul untuk dua sekolah vernakular di Johor Bahru, SJK(C) Kuek Ho Yao dan SJK(C) Mao Yi tetapi pembinaan tidak dapat dimulakan kerana belum mendapat kelulusan kementerian.

Beliau yang juga presiden MCA berkata, banyak sekolah Cina sudah membuat acara pecah tanah tetapi menerima nasib yang sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.