
“Dia pasti akan pulang dalam masa terdekat, selepas selesai semua program di sana,” katanya menurut Harian Metro.
Jumaat lalu, Akberdin dilapor menafikan Zakir ditahan di Oman dan akan dihantar pulang ke India, sebaliknya beliau dalam keadaan selamat dan dilayan dengan baik di Muscat.
Beliau dipetik Sinar Harian sebagai berkata, Zakir turut memaklumkan laporan penahanannya sekadar berita palsu direka media India.
Katanya, Zakir akan pulang ke Malaysia, namun tidak dapat memperincikan perkara itu demi keselamatannya.
Media sebelum ini melaporkan Zakir tiba di Oman pada 22 Mac lalu untuk menyampaikan ceramah agama. Beliau dipelawa Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama ke sana untuk siri kuliah.
Zakir yang merupakan pemastautin tetap di Malaysia, dikehendaki pihak berkuasa India berhubung tuduhan pengubahan wang, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.
Kerajaan India menghantar permohonan rasmi mengekstradisi beliau pada Januari 2018.