Tiada lagi potongan cukai untuk caruman SSPN

Tiada lagi potongan cukai untuk caruman SSPN

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Nizom Sairi berkata ia keputusan kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Nizom Sairi berkata potongan cukai untuk SSPN sebelum ini bertujuan menggalakkan ibu bapa mencarum dalam pendidikan anak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak akan menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 mulai Tahun Taksiran 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Nizom Sairi.

Katanya, potongan cukai untuk simpanan SSPN sebelum ini bertujuan menggalakkan ibu bapa mencarum dalam pendidikan anak.

“Jadi, jika menyimpan tahun ini, tiada tuntutan potongan cukai pada tahun hadapan.

“Itu keputusan kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian, namun ia bergantung kepada rakyat (pembayar cukai) untuk melihat semula,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, keputusan kerajaan itu akan dilaksanakan, tetapi pihaknya turut menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.

“Ini kerana peranan LHDN juga untuk menyampaikan kepada kerajaan bagi memastikan polisi itu nanti selari dengan nadi rakyat itu sendiri.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.