Nilai saya berdasarkan prestasi, senator baharu beritahu pengkritik

Nilai saya berdasarkan prestasi, senator baharu beritahu pengkritik

Dr RA Lingeshwaran berkata paling penting sama ada seseorang pemimpin itu boleh memberi manfaat kepada rakyat, parti, dan negara.

RA Lingeshwaran mengangkat sumpah sebagai senator minggu lalu. (Gambar JAPEN)
PETALING JAYA:
Senator baru dilantik Dr RA Lingeshwaran tidak bimbang sekumpulan ahli DAP yang mempersoalkan keputusan parti itu melantiknya sebagai senator walaupun beliau baru menjadi ahli lima bulan lalu.

Katanya, beliau menghormati semua orang dalam parti dan mahu menggunakan kepakarannya untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Pulau Pinang.

Lingeshwaran, 36, bekas pengarah di Hospital Sungai Bakap. Anak kepada ahli perniagaan terkenal di Butterworth ini mengangkat sumpah sebagai senator pada 20 Mac.

Beliau juga enggan melayan khabar angin mengatakan beliau sedang mempersiapkan diri untuk memegang jawatan kepimpinan di peringkat DAP negeri.

“Saya tidak merasa bimbang terhadap percanggahan berhubung pelantikan saya. Saya ambil pelantikan ini sebagai cabaran supaya lebih bekerja keras,” katanya.

“Apabila pimpinan tertinggi parti mencalonkan saya untuk jawatan senator, saya hanya memikirkan bagaimana boleh memanfaatkan pengalaman yang ada untuk meningkatkan penjagaan kesihatan rakyat,” katanya kepada FMT.

Ditanya sama ada beliau bersedia memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan negeri sekarang setelah menjadi senator, Lingeshwaran berkata cabaran kepimpinan hari ini berbanding dengan zamannya.

“Rakyat hari ini hanya mahu melihat hasil,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.