
Beliau berkata, semua peruntukan itu membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM3.36 juta, akan disalurkan minggu ini.
“Sebelum mengakhiri penggulungan ini, izinkan saya berkongsi sedikit berita gembira untuk Yang Berhormat sempena Ramadan dan Aidilfitri bakal menjelma.
“Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk program Ramadan manakala RM20,000 lagi untuk Aidilfitri.
“Kerajaan juga akan menambah lagi peruntukan sebanyak RM20,000 untuk menjayakan agenda Johor Bersih di kawasan masing-masing,” katanya menurut Harian Metro.
Justeru, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri berharap semua Adun menggunakan peruntukan itu sebaiknya untuk manfaat rakyat dan bangsa Johor secara keseluruhannya.