
“Sekarang, nampaknya ramai yang mencampuradukkan dua perkara ini,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Tahunan DAP Selangor.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan bekas Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan masing-masing sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi Tekun Nasional.
Tekun Nasional adalah agensi bertangungjawab menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Abdullah daripada PKR manakala Sany daripada Amanah.
Loke berkata, terdapat sedikit kelonggaran diberikan apabila ia melibatkan pelantikan di badan berkanun dan kawal selia seperti Felcra serta lembaga pelabuhan.
Katanya, ia adalah jawatan yang pernah diisi oleh lantikan politik sebelum ini.
“…dan kita beri fleksibiliti ini kepada perdana menteri untuk mempertimbangkan siapa akan dilantik supaya pemimpin parti pelbagai peringkat juga boleh memainkan peranan mereka dalam membantu kerajaan,” katanya.
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai pengerusi Felcra.
Pelantikan semula Jazlan mendapat kritikan apabila ia diumumkan tahun lalu, namun Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian menyatakan ia ditangguhkan.