Keputusan ‘monopoli’ 5G DNB tak lama lagi, kata menteri

Keputusan ‘monopoli’ 5G DNB tak lama lagi, kata menteri

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, keputusan dijangka dibuat dalam dua minggu.

Digital Nasional Bhd milik kerajaan ialah pembekal borong perkhidmatan 5G kepada pengendali rangkaian mudah alih. (Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Kerajaan dijangka membuat keputusan berhubung pelancaran rangkaian mudah alih teknologi 5G yang dikatakan dimonopoli Digital Nasional Bhd (DNB) dalam tempoh dua minggu.

“Kita mungkin tidak hanya melihat dari sudut monopoli. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan,” kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menurut NST Online.

Beliau berkata, keputusan mungkin diumumkan tidak lama lagi.

DNB milik kerajaan dilantik untuk membina dan menguruskan infrastruktur rangkaian 5G dan ia merupakan pembekal borong perkhidmatan 5G kepada pengendali rangkaian mudah alih.

Syarikat itu dikritik atas dakwaan memonopoli perkhidmatan 5G dan berdepan cabaran untuk mendapatkan pengendali rangkaian menyertai pelancaran infrastruktur 5G.

Maxis, syarikat telefon mudah alih kedua terbesar dalam negara, belum bersetuju untuk rangkaian 5G DNB.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud ketika ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos berpatutan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.