
Zii Jia yang kembali mempamerkan kebangkitannya dalam saingan kejohanan antarabangsa musim ini, menewaskan lawannya dengan straight set 21-12, 21-17 dalam tempoh 35 minit pada aksi suku akhir itu.
Juara All England 2021 itu dijadual berdepan pemain Jepun Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu 21-12, 21-15.
Selain Zii Jia, empat lagi wakil negara iaitu, pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong; beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke suku akhir akan merebut slot pusingan separuh akhir apabila bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi waktu Malaysia.