Populasi meningkat, kerajaan harap Arab Saudi lulus tambahan 350 jemaah haji

Populasi meningkat, kerajaan harap Arab Saudi lulus tambahan 350 jemaah haji

Menteri hal ehwal agama, Mohd Na’im Mokhtar berkata permohonan itu sudah dimajukan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata permohonan tambahan kuota sejajar dengan peningkatan populasi negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Malaysia masih menunggu kelulusan penambahan kuota 350 jemaah haji yang dipohon daripada Arab Saudi selaras penambahan populasi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata kerajaan sudah membuat rayuan penambahan kuota sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Februari lalu.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai asas untuk memohon tambahan kuota itu susulan pertambahan populasi penduduk negara ini yang mencapai 31.95 juta penduduk.

“Kuota haji yang diperuntukkan kepada Malaysia pada tahun ini adalah 31,600, jadi kita minta tambahan 350 lagi supaya kuota ditingkatkan kepada 31,950 jemaah.

“Jadi kita ada asas (peningkatan populasi) untuk dimaklumkan kepada Arab Saudi,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, hasrat menambah kuota itu sudah disampaikan kepada hasrat itu kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah.

Na’im berkata, kerajaan berharap kerajaan Arab Saudi akan memberi pertimbangan sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai jemaah.

Jumlah penduduk negara ini bertambah mengikut Prospektus Populasi 2019 yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu seramai 31.95 juta orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.