
Zahid berkata, beliau mahu parti komponen menonjolkan jalinan erat sesama sendiri kerana pada masa lalu, perbezaan pendapat mencetuskan permusuhan antara mereka, tetapi “zaman itu sudah berlalu”.
“Menangani perbezaan pendapat dapat mengelak membelasah orang yang kita tidak sukai menggunakan rakan-rakan dan jari jemari untuk memetik apa saja huruf, asalkan rasa puas hati kepada kita,” katanya Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batu 8.
“Dengan kedatangan Ramadan, saya berharap pihak yang pernah bermusuhan supaya berubah dengan melupakan persengketaan dan saling bermaaf-maafan.”
Katanya, beliau juga tidak mahu orang Islam menjadi taksub dan terpengaruh pada kumpulan tertentu.
“Apatah lagi dalam kita tangani ada yang mendakwa mereka lebih Islam daripada orang lain, kumpulan itu lebih iman dari orang lain, guna hadis, guna al-Quran, ijmak ulamak dan qias mengikut selera masing-masing,
“Kita lupakan itu semua, perbezaan warna-warna ini harus kita singkirkan daripada sekarang, yang penting, penyatuan ummah, perpaduan ummah, penyatuan pemikiran dan hati nurani yang menjadi penyatuan amal,” katanya.
Beliau berkata, selama 15 tahun, komponen kerajaan perpaduan “memakai warna yang berbeza” tetapi kini “dalam adunan yang sama”.
“Kita tetap menghormati perbezaan masa lalu jika ia masih wujud. Apa yang penting ialah penyatuan idea atau pemikiran dalam kalangan kita, demi kestabilan politik, di Selangor dan seluruh negara,” katanya.