
PR1MA dalam kenyataan hari ini berkata, Azrulnizam memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat, dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, Universiti Wichita State, Kansas, AS.
Berbekalkan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, Azrulnizam pernah menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al Rajhi Banking & Investment Corporation Malaysia Bhd dan CEO Standard Chartered Sa’adiq Bhd.
“Ketika ini, beliau berkhidmat sebagai pengarah bebas di MBSB Bank, AmMetlife Takaful dan Thriven Global Bhd,” menurut kenyataan PR1MA.
“Atas kapasiti peribadi, beliau pengarah CR FinaCapital Sdn Bhd dan Petrowangsa Sdn Bhd, serta Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara.”