
Ketika krisis Covid-19, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) telah meramalkan bagaimana wabak berkenaan boleh meningkatkan risiko malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Ketidakseimbangan nutrisi boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Di Malaysia, satu daripada lima kanak-kanak bawah lima tahun mengalami masalah bantut, yang juga merujuk kepada kegagalan untuk mencapai ketinggian optimum pada peringkat usia mereka.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jika masalah bantut ini tidak dikenal pasti dan diatasi sebelum mereka mencapai umur dua tahun, kanak-kanak mungkin terpaksa menghadapi akibatnya sepanjang hayat mereka.
Oleh itu, strategi untuk menangani malnutrisi kanak-kanak mesti diutamakan.
Mengurangkan kadar malnutrisi di peringkat nasional
Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk menurunkan kadar malnutrisi kanak-kanak daripada 21.3% pada 2019 kepada 8% menjelang 2030.
Antara usaha kerajaan ialah pelancaran kempen #AnakMalaysiaSihat. Kempen ini bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang pemakanan sihat dan masalah bantut yang disebabkan oleh malnutrisi.
Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengambil bahagian dengan mengadakan kempen kesedaran dan pencegahan di sekolah melalui program Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Bagi menyokong misi KPM, salah satu pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia iaitu Farm Fresh telah membantu kanak-kanak dari 64 sekolah menerusi program RMT dan Program Susu Sekolah (PSS). Selain itu, program Generasi Farm Fresh 2022 telah menjelajah ke lebih 20 sekolah di Semenanjung untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu.
Membentuk tabiat pemakanan berkhasiat dari rumah
Tabiat pemakanan yang baik bermula dari rumah, namun peningkatan kadar urbanisasi telah menyebabkan perubahan dalam gaya hidup keluarga.
Ibu bapa zaman moden terperangkap dengan tekanan kerja dan terpaksa bergantung kepada perancangan makanan keluarga yang lebih pantas dan mudah. Kehidupan anak-anak masa kini juga lebih ke arah gaya hidup yang tidak aktif.
Satu kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa yang sibuk adalah untuk menyediakan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan yang diterbitkan oleh KKM.

Piramid makanan menekankan diet seimbang yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat dan makanan kaya protein, juga dua sajian susu atau produk tenusu yang perlu diambil setiap hari.
Sebagai contoh, susu adalah pilihan terbaik untuk melengkapkan diet kanak-kanak. Dengan kandungan yang kaya nutrien, ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Merapatkan jurang pemakanan dengan Farm Fresh
Farm Fresh Grow bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu yang mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran kanak-kanak, di samping menyokong inisiatif kerajaan dalam meningkatkan tahap celik pemakanan sihat bagi rakyat Malaysia.

Farm Fresh Grow ialah susu formula UHT yang tersedia dalam pek sedia diminum. Ia mengandungi kalsium semula jadi yang didapati daripada susu lembu asli.
Ia padat dengan DHA (Alga), protein tinggi, kalsium, vitamin D3, serat inulin, kolin, taurin, zat besi, magnesium, zink, vitamin A, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C dan nutrisi lain yang penting untuk tumbesaran optimum anak anda. Ia juga mempunyai kandungan karbohidrat yang paling rendah berbanding 7 jenis susu formula lain yang terdapat di pasaran.
Farm Fresh Grow yang dimuatkan dalam pek 125ml dan 200ml, menjadikan ia mudah untuk dibawa dan diminum di mana sahaja. Pada masa yang sama, ia memudahkan rutin ibu bapa yang bekerja untuk menyediakan susu bagi perancangan makanan harian anak-anak mereka.

Farm Fresh Grow adalah susu rumusan UHT yang bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai snek, malah ia adalah pilihan terbaik untuk perkembangan tumbesaran yang lebih sihat.
Selain itu, Farm Fresh Grow tidak mengandungi bahan tersembunyi seperti gula dalam bentuk Maltodekstrin, atau penambahan minyak sayuran dan kalsium karbonat.
Kesedaran tentang pemakanan sihat dapat menggalakkan pilihan makanan yang lebih bijak dari usia muda, seterusnya membantu melindungi anak anda daripada isu malnutrisi dalam tempoh jangka panjang.
Cara paling mudah bagi memastikan anak anda menikmati kebaikan susu yang penting untuk tumbesaran mereka ialah dengan menyediakan Farm Fresh Grow ketika merancang hidangan keluarga.
Farm Fresh Grow boleh didapati di 99 Speedmart, Jaya Grocer, AEON, Lulu hypermarket, Village Grocer, 7-Eleven, Sogo, Tunas Manja, KNL, dan outlet Selections di seluruh Semenanjung.
Anda juga boleh membeli produk Farm Fresh secara dalam talian di kedai rasmi TikTok Farm Fresh, Subplace.com (untuk langganan Farm Fresh Grow) atau hubungi mana-mana stokis kami di Semenanjung untuk mencapai Home Dealer yang terdekat.
Untuk butiran lanjut tentang Farm Fresh Grow, klik di sini.