Mangsa banjir Batu Pahat menurun, 13 PPS ditutup

Mangsa banjir Batu Pahat menurun, 13 PPS ditutup

Jumlah mangsa yang direkodkan adalah seramai 3,086 orang berbanding 5,667 orang petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, sebanyak 25 PPS masih beroperasi dan menempatkan 863 keluarga. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam tadi, berbanding 5,667 orang yang direkodkan pada 4 petang susulan penutupan 13 pusat pemindahan sementara (PPS), selepas air banjir surut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan antara PPS yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Senggarang, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chun dan SK Sri Pandan.

Menurut JPBN penutupan PPS tersebut, 25 PPS yang masih beroperasi dan menempatkan 863 keluarga.

“Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah SK Seri Medan (365), diikuti Sekolah Agama Seri Medan (361) dan SK Taman Seri Kota, Yong Peng (258),” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan, malam ini.

Cuaca di sembilan daerah pada malam ini dilaporkan cerah kecuali Muar yang dijangka hujan, manakala tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.